Monday, June 27, 2011

Ketentuan Dari-Nya


masjid universiti...


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji ke atas Allah tuhan sekalian alam, di atas nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan ke atas kita. Selawat dan salam ke atas junjungan tinggi Nabi Muhammad S.A.W di atas perjuangan baginda menegakkan Islam.

Setiap manusia pasti mempunyai matlamat dan impian. Untuk mengecapi matlamat dan impian itu memerlukan perancangan awal. Sebagai hamba Allah, kita haruslah berusaha terlebih dahulu kerana Allah telah berfirman:

“….Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...” (Surah Ar-ra’d ayat 11).

Teringat kata ibu, “Acik, kalau mahu berjaya kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Allah melihat usaha dan pergantungan kita kepada-Nya.”

Amat bersetuju dengan kata-kata ibu tentang itu. Tidak dapat disanggah lagi kenyataan itu kerana Allah sahaja yang mengetahui takdir kita. Sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi telah tercatat di Luh Mahfuz takdir kita. Jadi kita perlu berusaha disamping menguatkan lagi pergantungan kita kepada Allah demi mendapatkan keredhaan-Nya.

Ingin kukisahkan sebuah peristiwa yang sentiasa kuingati, berlaku di 10 malam terakhir Ramadhan yang lalu. Saban hari ku mendoakan supaya Allah sentiasa memberi ketenangan kepada diriku,dan supaya Allah memakbulkan setiap doa yang meniti dibibirku.

Allah sahaja yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita. Jadi jika doa itu tidak dimakbulkan serta- merta jangan bersangka buruk dengan Allah kerana mungkin ada hikmahnya.
Allah berfirman mafhumnya:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Pada malam itu,seperti biasa aku dan sahabat-sahabat bersama-sama beriktikaf dan melaksanakan solat malam (qiamullail)di masjid. Sebelum sama-sama ber”qiamullail” kami akan bertadarrus alquran. Malam itu suasana amat hening dan tenang.

Sebelum tidur di beranda masjid universiti ,aku sempat mendongak melihat bintang-bintang di langit yang semuanya bergemerlapan. Masjid universiti ku dipanggil masjid terapung kerana dikelilingi tasik . Bunyi air yang mengalir cukup menenangkan hati ku. Aku terlena ditepi masjid.

Pada pukul 3.15 pagi aku dikejutkan dengan bunyi “alarm” yang telah diset sebelum tidur. Kelihatan semua orang masih nyenyak tidur . Ku capai tuala kecil disisiku dan terus ke tempat wudhuk. Selesai wudhuk aku mengambil tempat di sisi masjid dan tasik, yang terbuka dan tidak beratap untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Selesai tahajjud pertama,terlintas di hatiku seperti doa yang sebelum ini,

“Ya Allah, Aku mohon keampunan dariMu. Ampuni segala dosaku dan setiap ahli keluargaku dan tenangkanlah hatiku”..

Subhanallah,pada malam itu tidak pernah ku lihat dan merasakan suasana yang amat tenang seperti itu. Ku alihkan pandangan ke arah air tasik yang mengalir tenang dan seolah-olah mengalir menghadap kiblat,bintang-bintang gemerlap dengan terang,angin bertiup sepoi-sepoi.Amat-amat tenang,sukar untuk ku ungkapkan.

Tiba-tiba air mataku mengalir laju sambil berdoa. Ya Allah,aku tidak dapat bayangkan betapa bahagianya diriku dikurniakan suasana seperti itu.Aku merasakan hati ku seolah2 luluh dan tidak dapat menahan sebak. Allah telah memakbulkan doaku untuk aku merasakan ketenangan hati yang ku cari-cari sebelum ini. Alhamdulillah. Ku mengucap syukur kepada Allah kerana telah mendengar rintihan ku selama ini.

Aku sedar aku hanyalah Hamba-Mu yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa,Ya Allah. Tetapi aku amat bersyukur setelah diberi peluang untuk mendapat ketenangan hati ini ya Allah. Aku mohon ya Allah,kekalkanlah ketenangan hati yang Kau berikan kepadaku ini.

Inilah ketentuan dari-Nya,takdir yang telah tercatat untukku. Namun sahabat,adakah kita tahu akan adanya takdir ini? Jika kita tidak berusaha dan bergantung kepada-Nya,mungkin kita tidak berpeluang untuk mengecapi apa yang kita kehendaki. Jadi sahabat, setiap apa yang Allah berikan kepada kita ada hikmahnya. Allah menciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Tunaikanlah ibadah kepada Allah dan tegakkanlah agama kita sedaya mungkin kerana kita berusaha kerana Allah! Bukan atas dasar paksaan tetapi di atas keikhlasan hati kita dan janji kita kepada Allah.

Semoga kita sentiasa berusaha untuk mengecapi Halawatul Iman dan Mardhotillah..InsyaAllah.
Wallahualam.

13 comments:

auni_damia said...

salam akhi..
akhirnye..penantian berakhir dgn sesuatu yang sgt menenangkan..
alhamdulillah..berjaya jugak update blog..:)
syukran ats perkongsian tersebut..
^_^

Roy Shafizan said...

Alhamdulillah..terima kasih..semoga sentiasa dikurniakan ketenangan itu..kepada ukhti dan sahabat2 len juge..

auni_damia said...

insya Allah..
amin..

hope that too...
^_^
love ayat surah al-baqarah tueh..

Roy Shafizan said...

Alhamdulillah..semua ayat alquran indah2 belaka..(^_^)

abe yak said...

doa katku etek roy...

Roy Shafizan said...

bereh yak..insyaAllah..samo2 kita..(^_^)

Jamal Ali said...

Bila hati mengerti tenang dan abadi, akan sampailah ia ke lubuk dalam menjentik sanubari...

Hati bukan sebarang hati, palunlah pada yang Memerhati... :)

Roy Shafizan said...

ye betul tu sahabat,hati adlah satu organ yg amat penting dalam hidup kite,jike kite jagenye dengan elok,maka yang Maha Melihat akan sentiasa melindungi kite daripada sebarang maksiat..(^_^)

Izzati Hashim said...

Salam alaik (=

Alhamdulillah, syukurlah bila Allah bagi peluang merasai nikmat ketenangan. Ramai yang mendambakan ketenangan jiwa tapi sedikit yang bisa menggapainya.

moga hari-hari yg seterusnya sentiasa dalam redha Ilahi (=


p/s : masjid Uni tu sgt cantik, memg nampak macam masjid terapung (=

Roy Shafizan said...

syukran, izzati..sesungguhnya bile kite sabar menunggu,Allah akan beri yang terbaik untuk kita..InsyaAllah..(^^,)

Anonymous said...

bagus2..

jedi said...

mntop...

Roy Shafizan said...

syukran jedi..(^_^)