Tuesday, June 28, 2011

Memohon Maghfirah Dari-Mu





Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan hidup di dunia yang sementara ini. Dunia yang penuh onak dan cabaran yang perlu kita tempuhi demi menjalankan amanah sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini.
Semasa mentadabbur al-Qur’an, tatkala aku membaca sepotong ayat alquran yang mafhumnya berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”(Surah Al –Maidah ayat 105)..


, aku teringat sebuah kisah yang pernah aku baca dulu,yang amat menyentuh hati dan memberi peringatan yang mendalam kepadaku. Kisah ini menyebabkan aku bermuhasabah tentang peringatan-peringatan Allah di dalam kalimah-kalimah-Nya.

Kisahnya adalah sebuah kisah si kecil yang takutkan api neraka.Ya Allah semoga dengan kisah ini menjadi satu peringatan kepada diriku dan sahabat-sahabat. Semoga kami sentiasa menjaga diri kami daripada melakukan perbutanmaksiat yang dilaknat-Mu Ya Ghaffar.

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur’an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.

Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takutkan azab neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

Subhanallah, Maha suci Allah yang memberi keampunan kepada kami semua. Jika si kecil yang masih lagi kecil takut dengan azab-azab Allah,mengapa tidak kita sahabat-sahabat sekalian?

Allah S.W.T telah mencipta kita sebaik-baik kejadian,tetapi mengapa kita masih ingkar dengan suruhan Allah? Adakah kita tidak ada sedikitpun perasaan malu terhadap Allah?Kita tidak sedar bahawa segala yang ada di dunia ini adalah pinjaman daripada Allah S.W.T.Tidak kekal! Semuanya tidak kekal.

sayyidul istighfar memohon keampunan Allah..

Allah memerintahkan kita supaya menjaga diri kita dan juga ahli keluarga kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang mudarat kepada kita dan juga agama kita;iaitu daripada melakukan maksiat kepada-Nya. Janji Allah kepada kita, sekiranya kita melakukan segala perintah-Nya,maka Syurga ganjarannya. Namun jika kita mengingkari segala larangan-Nya,maka azab yang pedih api neraka balasannya.

Marilah kita bersama-sama memohon maghfirah dari-Nya,supaya kita sentiasa terpelihara daripada azab api Neraka.InsyaAllah..
Wallahualam.

6 comments:

auni_damia said...

salam akhi..

sekali lagi muncul dengan entri y mmpu menggoncangkan ketenangan hati dari terus lalai terhadap duniawi..

huhu..
:(
syukran atas perkongsian..
sesungguhnya diri y khilaf ni byk melakukan kesilapan..

keep it UP..!!!

Roy Shafizan said...

wsalam..

ana hanye mencuba yg terbaik saje..segala ilham datangnye daripada Allah..Ana sebagai perantara saje untuk menyampaikannye..insyaAllah setiap manusia melakukan kesilapan..mohonlah keampunan daripada Allah(^_^)

auni_damia said...

insya Allah..
^_^

Roy Shafizan said...

(^_^)

cik nurussalwa said...

as'salam..
suka sgt entri ni..
tersedar sendiri..

tQ roy.

Roy Shafizan said...

wsalam..same2 salwa..sy sekadar sampaikan kepada diri dan sahabat2 untuk peringatan kite bersama..(^_^)