Thursday, July 22, 2010

Marhaban Ya Ramadhan!!



Assalamualaikum wbt..

Cuti semester sudah pun hampir tamat. Alhamdulillah ana dapat juga update blog ini yang sudah 2 bulan lamanya tidak di update. Kembali ke UTP dengan penuh semangat membawa satu nafas yang baru untuk menuntut ilmu yang telah difardhukan ke atas setiap muslim.

Pada post kali ini, ana ingin kita sama-sama menanam semangat baru kerana kita sudah pun hampir dengan Ramadhan yang bakal tiba. Kita seharusnya menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan kerana bulan Ramadhan adalah bulan maghfirah yakni bulan Ramadhan bulan untuk Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya .

Abu hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis Munlafaqa alaih)


Dalam bulan Ramadhan semua umat Islam harus melakukan kewajipan untuk berpuasa kerana berpuasa merupakan salah satu rukun di dalam Rukun Islam. Allah menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini untuk kita sama-sama beribadah kepadaNya disamping menghayati pengorbanan Rasulullah SAW contohnya peperangan Badar Kubra yang juga berlaku pada Bulan RAmadhan.





Didalam Surah Al-Baqarah ayat 183 Allah telah berfirman:




"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu agar kamu bertakwa."



Untuk menghangatkan lagi kedatangan Ramadhan kali ini,kami,Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS,telah menjalankan program tahunan iaitu RAMADHAN DISCOVERY (Penerokaan Bulan Ramadhan) yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan bagi melatih diri para mahasiswa dan mahasiswi. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bagi mengisi bulan Ramadhan dengan amal ibadah kepada Allah SWT. InsyaAllah..(^_^)

MARHABAN YA RAMADHAN!!

No comments: