Sunday, July 25, 2010

Keberkatan membaca Basmalah..




Bismillahirrahmanirrahim….


Assalamualaikum wbt.
Sahabat- sahabiah sekalian, adakah kita sentiasa mengamalkan Basmalah iaitu bacaan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih , lagi Maha Penyayang”??


Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar -benarnya, yang tidak memerlukan makhluk-Nya,tapi makhluk yang memerlukan-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.


Pada kali ini,ana ingin menceritakan satu kisah yang mengisahkan keberkatan Basmalah ini. Sama-samalah kita hayati dan akhirya kita mengamalkannya.......InsyaAllah... :

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu melakukan kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, “ Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kpada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kpada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaan mu itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya,dia memberikan sejumlah wang yang banyak kpada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ni.” Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat , di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan.”
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
“Bismillahirrahmanirrahiim.”
Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku sgala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah ALLAH, dan dia juga membaca Basmallah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

Begitulah sahabat-sahabiah sekalian satu kisah yang menunjukkan keberkatan membaca Basmalah dan kisah ini juga membuktikan kekuasaan Allah S.W.T. yang mampu melakukan segala perbuatan yang tidak mampu untuk kita, hambaNya untuk melakukannya.

Di dalam Al-Quran Surah Yaasin ayat 82, Allah telah berfirman:




“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah sesuatu itu.”


Jadi sahabat sekalian, marilah sama-sama kita mangamalkan ucapan yang penuh berkat ini supaya kita sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah selalu...InsyaAllah..(^_^)
~ROY~

2 comments:

Ibnu Jamaluddin said...

terima kasih atas entri yang bermanfaat ini... ^_^

Roy(Founder @ islamicheme) said...

same2 sahabatku..semoga kita same2 mengamalkannya dan memperoleh manfaat dpdNya..(^_^)