Friday, April 9, 2010

Siapakah lelaki yang soleh??

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdullillah setelah lepas daripada kesibukan,alhamdulillah ana sempat juga untuk update blog ini..Pada post yang lepas kita sudahpun menghayati Ciri-Ciri Wanita Solehah sebagai guideline untuk kaum Hawa...dan post kali ini adalah khas untuk kaum Adam pula iaitu Siapakah Lelaki Soleh?

Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.

Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.

Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua.

Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.




kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk surga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun,...-Surah Maryam ayat 60.


CIRI-CIRI LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa- dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10.Solat malam menjadi kebiasaannya.

11.Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.

16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling
toleransi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17.Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan yang sentiasa mendapat ujian dan dugaan daripada Allah swt. setelah para nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.


Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

Jadi sahabat sekalian,sama-samalah kita berusaha untuk menjadi lelaki yg soleh untuk mendapat keredhaan Allah taala..InsyaAllah..

7 comments:

Anonymous said...

ermm...
apekah yang dimaksud kn ngn lelaki mahal lak???
juz curious 2 know...
sbb ade segelintir person ni...mengaku lelaki mahal...
n boleh judge org len ngn perkataan murah...
so...adakah lelaki mahal yg dimaksudkan i2 adalah lelaki soleh??
adakah lelaki soleh sanggup meng judge org ngn perkataan murah??
wallahualam...

~~hamba Allah~~

Roy Shafizan said...

lelaki mahal?? tiada istilah lelaki mahal ataupun murah lam hidup kita ni..smua ciptaan Allah tu adalah yg sempurna dan terbaik..
tiada siapa yg dapat menjudge org lain samada soleh ataupun tidak..semua tu hanya Allah yang tentukan..kita sebagai makhluk hanyalah berusaha untuk menjadi yang terbaik disisi manusia dan Allah SWT..kita perlu cermin diri kita dahulu tentang iman yang kita miliki samada dah mantap ataupun tidak..
tepuk dada tanyalah iman..
sedikit daripada ana..

wallahualam..(^_^)

Anonymous said...

huhu...
sy sgt2 menyokong ngn pendapat @ respond anda...
time kaseh sgt2...
sy jg berpendapat sedemikian...
biasanya, org baek x kn mengaku die baek kn? sbb manusia x kn pernah sempurna...
so...istilah 'lelaki mahal' yg di create oleh segelintir person ni sgt2 x munasabah sy rasa...
malahan dorang berbangga dgn title 'lelaki mahal' and selalu mengatakan lelaki mahal adalah lelaki yg perfect...dr segala hal...(dunia and akhirat)
so, ini sgt2 x realistik...
hope sgt segelintir person ni sedar ...

klu sy yg salah, tlg baiki n komen idea sy~~

~~hamba Allah~~

Roy Shafizan said...

betul ape yg awak cakap tu..
kita sebagai hamba Allah haruslah zuhud (merendah diri) dan tidak boleh membanggakan diri kerana riak,takbur,ujub itu semua adalah amalan dan sifat syaitan.
sebagai saudara islam,kita harus saling tegur-menegur dan saling mengingatkan antara satu sama lain bagi menaikkan martabat Islam dan bukanlah menjatuhkan satu sama lain.
Kita harus sedar yang orang kafir snetiasa mencari peluang untuk menunjukkan kelemahan Islam untuk mereka sampaikan dakyah mereka..
jadi,renung-renungkanlah..(^_^)

Anonymous said...

apakah ada di antara kamu sanggup membayar mahar untuk menjadi mujahid?
seandainya sanggup maka dialah lelaki mahal yang sentiasa di gilai oleh Ainul mardhiah

sakura putih said...

usah mencari tp menjadi~
semua org dambakan yg soleh @ solehah sebagai pasangan hidup,
tp seringkali terlupa utk menjadi yg soleh @ solehah tu...

Roy Shafizan said...

betol ape yang sakura putih kate tu..
kadang kite nak yang terbaik untuk dri kite sedangkan dri kite masih banyak kekurangan..
kite perlu sentiasa muhasabah dri kite supaya kite tahu ape yang kite perlu perbaiki dri kite demi menegakkan Islam yang syumul..

InsyaAllah..same2 r kite muhasabah dri kite balik..(^_^)