Wednesday, December 30, 2009

Tujuh golongan yang sentiasa diuji Allah SWT dan mendapat naunganNya di akhirat.

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sebulan ana tidak meng-update blog ini,alhamdulillah akhirnya ana berkesempatan juga untuk updatenya hari ini. Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431. Semoga dengan tahun baru ini kita dapat menanam azam unutk memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT. Kali ini ana ingin sampaikan kepada sahabat2 sekalian tentang 7 golongan yang diuji Allah SWT dan mendapat naunganNya diakhirat kelak .

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk:2)


Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Ayat di atas merupakan salah satu daripada penegasan kepada kita,hambaNya bahawa dunia yang kita nikmati sekarang ini adalah bersifat sementara sahaja dan tempat untuk kita diuji Allah SWT.

Allah SWT juga berfirman di dalam surah (Ar-Rahman:26-27 ) yang bermaksud:
“Semua yang ada di Bumi ini akan binasa dan yang akan tetap kekal adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Ayat ini menegaskan kepada kita bahawa dunia yang kita diami sekarang ini akan mengalami kebinasaan dan kehancuran satu hari nanti dan yang kekal hanyalah Allah SWT.

Ingatlah wahai sahabat2 sekalian,dunia yang kita diami ini adalah tempat sementara untuk kita sementara menunggu Hari Qiamat yakni hari perhitungan kita. Sehebat mana pun kenikmatan dunia, ia tetap sedikit berbanding dengan kenikmatan akhirat, begitulah sebaliknya kesengsaraan di dunia ini walau sehebat mana pun ia tetap masih kecil berbanding dengan akhirat kelak. Kita sebagai hambaNya janganlah kita alpa dan lupa untuk beribadat kepada Allah SWT setelah kita mendapat kenikmatan yang dikurniakan kepada kita. Kita haruslah berusaha untuk melipatkaligandakan amalan2 kita didunia ini.







Didalam satu hadis Rasulullah SAW,” Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja iaitu:
Pemimpin yang Adil,pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedeqahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada hadith diatas, tujuh golongan yang diuji Allah SWT ketahanan daya juang mempertahankan komitmennya terhadap agama dalam kehidupannya itu ialah:

1. Pemimpin yang Adil,

2. Pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah,

3. Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid,

4. 2 lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya,

5. Seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan
kecantikan tetapi lelaki itu menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah,

6. Seorang lelaki yang merahsiakan sedeqahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain
7. Seorang lelaki yang duduk menyendiri bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.


Inilah tujuh golongan yang diuji Allah SWT keimanannya dan ketahanannya dalam menegakkan Islam sehingga akhir hayat mereka. Ganjaran yang amat lumayan dijanjikan kepada mereka sekiranya mereka mengekalkan ketaatan mereka kepada Allah SWT iaitu mereka akan dilindungi oleh naungan Allah SWT pada satu hari kelak yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

”Pada hari kiamat matahari akan berada dekat dengan makhluk sehingga kira2 sebatu maka manusia pada ketika itu akan ditenggelami air peluhnya berdasarkan kepada amalan-amalannya masing2,ada yang sampai ke buku lalinya,ada sampai ke lututnya dan ada yang samapai ke pinggangnya dan ada yang tenggelam terus”.(H.R. Muslim)

Semoga kita semua tergolong dalam ketujuh-tujuh golongan ini dan mendapat naungan daripada Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Selamat bermujahadah kepada sahabat2 sekalian..
InsyaAllah..(^_^)

No comments: