Thursday, October 15, 2009

Sedarkah Kita????

Kali ini ana ingin sahabat2 semua muhasabah diri kita sama-sama..
Adakah kita sedar daripada lamunan yang kita sudah pun di penghujung Syawal??
Bulan Ramadhan telah pun sebulan berlalu kini Syawal juga ingin meninggalkan kita.
Bulan Syawal merupakan bulan untuk umat Islam meraikan kemenangan yakni umat Islam telah berjaya menempuh segala cabaran,dugaan dan godaan semasa melalui bulan Ramadhan yang penuh dengan ujian daripada Allah S.W.T.

Sahabat,
Seluruh umat Islam gembira bersama sanak saudara bagi meraikan kemenangan ini.
Namun begitu adakah kita fikirkan tentang saudara-saudara muslim kita yang kurang bernasib baik seperti di Palestin atau negara-negara Islam yang lain??



Di Palestin, saudara-saudara kita telah banyak berjuang demi mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman zionis.
Apakah jihad kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana?
Ramai pejuang-pejuang jihad fisabilillah telah pun gugur syahid semasa kita disini menyambut Syawal dengan penuh keriangan.



Bagaimana pula dengan keluarga pejuang Islam tersebut??
Semua persoalan tentang saudara muslim kita disana sentiasa bermain difikiran kita semua.
Kita perlu bersama2 berjuang di jalan Allah kerana kita semua adalah umat Islam yang telah diberi amanah oleh Allah SWT Yang Maha Mengetahui segalanya.

Tetapi apakah cara untuk kita bantu saudara-saudara muslim kita di Palestin atau negara2 Islam yang sedang diperangi oleh Zionis??

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian walaupun kita tidak berada di tempat saudara-saudara kita di sana namun kita mempunyai Senjata yang amat kuat yang mampu mengalahkan tentera-tentera Zionis laknatulallah di sana bagi mencapai kemenangan untuk umat Islam.
Apakah senjata itu??
Sahabat,
“Addua’ silahul mu’min” yang bererti “Doa adalah senjata orang-orang yang beriman”.
Doa yang berterusan daripada seluruh umat Islam didunia ini dapat mengalahkan kejahatan-kejahatan yang yang telah dilakukan tentera-tentera Zionis laknatullah. Allah akan menolong hamba-hambaNya yang sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.

Sahabat2 sekalian,
Kita juga perlu tanamkan semangat Jihad di dalam diri kita semua supaya kita semua berjuang di Jalan Allah seiring dengan saudara-saudara kita disana.
Sama2lah kita menyumbang sedikit sumbangan berbentuk derma bagi membantu saudara-saudara kita yang sedang menghadapi pelbagai cabaran di sana..
Sebarang derma boleh di salurkan kepada Aman Palestin Berhad. (www.amanpalestin.org)



pejuang-pejuang Islam yang sedang solat memohon kemenangan daripada Allah SWT.



lihatlah bagaimana pengorbanan wanita tua ini jihad dijalan Allah.

Seperti Firman Allah SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu (penolong-penolong) agama Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia,
“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan Agama) Allah?”
Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, ”Kamilah penolong-penolong (agama) Allah,”
lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir ; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka,sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang.

( Surah As-saff, ayat 14)


Semoga segala kebaikan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah SWT dan diberkati Allah SWT.Palestine dihatiku...
InsyaAllah..

Marilah kita sama2 berdoa:

“Ya Allah ya Tuhanku,
Berikanlah kemenangan kepada orang Islam yang sedang berjuang dijalanMu ya Allah…
Kami mohon kepadaMu ya Rabbul Izzati,
Selamatkanlah agama Islam daripada ancaman-ancaman kafir laknatullah ya Muhaimin,
Dan hancurkanlah kafir laknatullah ya Allah”…….

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mujahid-mujahid Islam yang telah syahid di jalan Allah..

Al-Fatihah…..

2 comments:

Anonymous said...

salam,,
em btol ape yg enta cakapkan tu,,
kite banyak bersenang,sebab tu la kite lupe orang yg dalam kesusahan,,
marilah kite bagi sokongan padu kepada organisasi yg menjadi medium kite dalam membantu Palestin, seperti organisasi yg enta catatkan tu, iaitu AMAN PALESTIN..

(p/s: ana rase lebih cantik post enta ni klo enta letak logo AMAN PALESTIN)

roy said...

salam..
btol ape yg enta cakapkan 2...
InsyaAllah..(^_^)