Saturday, March 27, 2010

Buang bayi menjadi trend remaja zaman sekarang ?? Nauzubillah...

Assalamualaikum w.b.t...

Post kali ini ana ingin menzahirkan rase sedih yang tidak terhingga tentang remaja zaman sekarang yang tidak memikirkan tentang dosa membuang bayi yang mereka lakukan..nauzubillah..

Ape salah bayi yang tidak berdosa yang dilahirkan cukup sifat itu??
Ana sebak bila saban hari kes pembuangan bayi selalu disiarkan di dalam media massa..

Ape sebab utama kes pembuangan bayi ini???

Sahabat-sahabat,
cuba kita renungkan.....

Kronologi pembuangan bayi..

Perkenalan antara lelaki dan perempuan.Setelah berkenalan ,hubungan yang tidak sah yang dijalinkan antara lelaki dan perempuan iaitu trend mase kini ‘couple’.Setelah ber ‘couple’ si lelaki dan perempuan bebas untuk berjalan dan melakukan aktiviti bersama-sama. Cinta yang tidak sah di sisi agama Islam ini dijalinkan lagi tanpa mengendahkan pandangan-pandangan orang sekeliling kerana bagi remaja zaman sekarang, kalau tiada cinta maka tiada ‘life’. Cinta remaja ibarat seperti sudah berkahwin. Kenapa ana cakap macam tu? Sebab cinta remaja bebas untuk menyentuh walaupun bukan mahram. Pegang tangan,pegang bahu,usap kepala,dan yang lebih teruk lagi sehingga berani bercumbu-cumbuan di khalayak ramai. Apabila semua bebas maka semua yang haram menjadi halal..apabila semua yang haram menjadi halal,maka nafsu menguasai diri dan syaitan menjadi raja kepada diri sendiri sehinggalah ke tahap berzina. Apabila berzina,ade yang pasangan perempuannya mengandung. Pada masa ini,masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu bertanggungjawab. Si perempuan bimbang dan malu dengan kandungan luar nikah ini. Bimbang kandungan ini diketahui keluarga,sebelum cukup bulan si perempuan menggugurkan anak ini dan ada yang cukup bulan pula melahirkan anak luar nikah ini. Setelah melahirkan anak ini,mereka yang dikuasai syaitan dan tidak berperikemanusiaan ini terus membuang bayi yang cukup sifat dan tidak berdosa ini. Malah ada yang sanggup membunuh bayi tersebut..nauzubillah...


Inilah kronologi sebelum adanya anak luar nikah dan pembuangan bayi yang menjadi trend sekarang ini..
cube kita hayati gambar-gambar ini..


bayi ini telah digonggong anjing.




Bayi ini telah dibakar dan dijumpai di tempat pembakaran sampah.






Bayi yang cukup sifat seperti ini dibuang...



Ya Allah..sedih sahabat,bila kita memikirkan nasib bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Kita tidak mahu ade didalam ahli keluarga kita yang melakukan perkara sekejam ini. Oleh sebab itu,kita perlu mencegahnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati..




Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-isra’ ayat 32 diatas telah menerangkan tentang bahayanya mendekati zina. Mendekati zina akan mendorong kita untuk melakukan zina. Apekah jalan-jalan yang mendekatkan diri kita dengan zina??

1. Jalan yang mendekatkan kita dengan zina ialah dengan menjalinkan hubungan tidak sah diantara lelaki dan perempuan iaitu ‘couple’.
2. Melihat gambar/ video yang menimbulkan syahwat seperti pornografi(lucah).

Jadi sahabat-sahabat sekalian,sama-samalah kita menjaga sahabat-sahabat kita yang lain supaya kita semua terpelihara daripada melakukan perkara seperti ini.


Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMu ,
Peliharalah dan lindungilah kami daripada melakukan perkara-perkara maksiat yang mendorong kepada zina Ya Allah,
Ya Muhaimin,
Kau kurniakanlah hidayah kepada hamba-hambaMu yang telah terlanjur melakukan maksiat padaMU supaya bertaubat kepadaMu Ya Allah,
Ya Rabbul Izzati,
Peliharalah hati kami Ya Allah supaya sentiasa mengingatiMu Ya Allah..
Amin Ya Rabbal alamin..


4 comments:

Anonymous said...

so, a research regarding dating n intimacy before marriage need to be done. And find the reasons for it to happen and the solutions.

Roy Shafizan said...

i have already done my research about it..hoho
we just have to prepare about the presentation only..(^_^)

Anonymous said...

mintak izin share

Roy Shafizan said...

ye silakan..=)