Friday, August 21, 2009

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi....


Terlalu banyak yang saya fikirkan dan ia sentiasa bermain dalam fkiran saya...Siapakah kita???Kita ialah HAmba Allah yang mempunyai banyak kekurangan dari pelbagai sudut...
Kita sentiasa mencari sesuatu yg boleh menenangkan diri kita ini...Sebelum itu sebagai pengenalan, izinkan saya untuk taaruf tentang diri saya(Founder) Hamba Allah yg lemah ini...

Tanggal 1 Mei 1990, saya dilahirkan oleh ibu yang tercinta dan kasihi bersamaan dengan 5 Syawal 1410Hdan juga tarikh ini juga bersamaan tarikh Hari Pekerja..Saya telah diberi nama Mohd Norshafizan B. Abdullah..Saya dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan sekarang telah menetap di kampung halaman di Kelantan Bandaraya Islam. Saya merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik..InsyaALLAH...
Saya merupakan seorang yang ceria dan suka menolong sahabat-sahabat yang lain.
Alhamdulillah sekarang saya salah seorang mahasiswa di Universiti Teknologi Petronas dan mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.InsyaAllah....

Inilah serba sedikit pengenalan tentang diri saya..=)

Siapakah kita????
Kita dilahirkan daripada rahim ibu kita dan adakah kita tahu betapa susahnye ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan..???Betapa susahnya ayah kita mencari rezeki dan sesuap nasi untuk besarkan kita???

Fikirlah sahabat-sahabat sekalian. Apakah tujuan kita yang sebenarnya di Dunia ini. Kita dilahirkan untuk menegakkan agama Allah.
Kita semua mempunyai kelemahan dan keistimewaan masing-masing.
Allah ciptakan kita manusia ini sebaik-baik kejadian ."Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Apakah kalian tidak memerhatikannya?" Surah Adz-dzariyat:21..

Bersyukurlah kita kepada Allah yang Maha Esa kerana memberi kita nikmat Islam dan Iman. Sesungguhnya nikmat yang kita kecapi sekarang semuanya daripada Allah taala..
"Apapun nikmat yang kalian terima,semuanya berasal dpd Allah."Surah An-Nahl:53...

Jadi sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian...
Kita harus sentiasa merenung kembali.Tanye diri kita..
Siapakah kita?Daripada manakah asal kita?.
Kita haruslah sentiasa menghisab diri kita. Adakah matlamat kita sudah pun kita kecapi? Semua persoalan ini akan membantu kita untuk menjadi seorang yang mempunyai keazaman yang tinggi dan untuk menegakkan Agama Islam..InsyaAllah...

Akhir Kalam, sama-samalahlah kita berjuang untuk menghadapi dunia yang sementara ini walaupun ianya penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu kita harungi dengan tabah...(^_^)

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum saya ucapkan kepada semua sahabat-sahabat ke blog Islamic Chemical Engineering Society ini.

Apa yang baik datangnya daripada Allah dan apa yang kurang baik juga datang daripada Allah tetapi di atas kelemahan diri saya sendiri.(>_<)

9 comments:

Firdaus Muhammad said...

salam,,
em banyak "hehehe" je,, :)
lahir kat Port Dickson,,
same la kite,,
Negeri sembilan adalah sebuah negeri Islam yg bagus,,
klo ade mase,, melancong la di N9 ye,,
salam taaruf :)

Roy Shafizan said...
This comment has been removed by the author.
Roy Shafizan said...

insyaallah..lau ade mase aku lawat r ek..hohoho

ekram said...

hehehehe...hohoho...hahhaha..huhuhuhu....ur writing make me a bit dizzy..but,u have a great potential to be a good writer..amin...salam..

Roy Shafizan said...

thanx...insyaAllah sye akan perbaiki lg mutu pnulisan..hoho

Unknown said...

nice post..=)

Roy Shafizan said...

terima kasih..=)

zaid said...

hope this will b a medium for tightening CE students' relationhip....ameen

Roy Shafizan said...

ameen...=)